92 mangsa tragedi tanah runtuh ditemui, lapan maut

16 Dec 2022 • 11:02 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 16 DIS: Seramai 92 mangsa tanah runtuh di Father Organic Farm dekat Batang Kali telah ditemui, menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Agensi tersebut memaklumkan setakat pukul 9.15 pagi ini, tujuh mangsa didapati cedera manakala lapan meninggal di dunia.

“Sehingga kini operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan,” jelas NADMA menerusi Twitter.

Sementara itu, Perdana menteri mengarahkan semua jabatan kerajaan menjalankan misi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah runtuh di Jalan Genting-Batang Kali secara rapi serta sistematik.

Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan pihaknya mendapat maklumat daripada menteri pembangunan kerajaan tempatan, menteri alam sekitar dan Dato’ Menteri Besar Selangor berkaitan misi tersebut.

Terdahulu, Kerajaan Selangor mengerah anggota dan aset bomba, pihak berkuasa tempatan serta agensi berkaitan ke lokasi tanah runtuh di Jalan Genting-Batang Kali untuk membantu proses menyelamat.

Amirudin memaklumkan SAR giat dilaksanakan ketika ini dan mangsa yang ditemui diberi rawatan serta perhatian oleh petugas.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved