
KUALA LUMPUR – Lapan disahkan meninggal dunia, manakala tujuh cedera setakat jam 9.15 pagi ini dalam kejadian tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan di Father Organic Farm, Jalan Genting, Batang Kali, Selangor hari ini.
Seramai 92 mangsa ditemui, dengan 53 daripadanya selamat ketika operasi mencari dan menyelamat diteruskan.
11.00 pagi - Seramai 13 disahkan meninggal dunia setakat jam 11 pagi ini dalam kejadian tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan di Father Organic Farm, Jalan Genting, Batang Kali, Selangor hari ini.
Menurut Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, sebahagian daripada mayat itu sudah dihantar ke Hospital Sungai Buloh, manakala beberapa masih di tempat kejadian.
Seramai 94 mangsa ditemui, dengan 69 daripadanya selamat manakal 25 masih hilang ketika operasi mencari dan menyelamat diteruskan.
https://twitter.com/mynadma/status/1603568069728927744
Terdahulu, Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, seramai 37 orang berjaya diselamatkan, manakala tiga cedera. – The Vibes, 16 Disember 2022
Terdahulu, Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, seramai 37 orang berjaya diselamatkan, manakala tiga cedera. – The Vibes, 16 Disember 2022
BERITA LANJUT MENYUSUL


