950 Pekerja Terjejas, Kilang Continental Kedah Ditutup Hujung 2025 Setelah 46 Tahun Beroperasi

LocalBusiness & Finance
29 Apr 2025 • 11:35 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Continental bakal menamatkan operasi kilang pembuatan tayarnya di Alor Setar, Kedah, yang kini menggaji seramai 950 pekerja, menjelang akhir tahun 2025, menurut laporan The Edge Malaysia.

Menurut syarikat tersebut, kilang yang menghasilkan tayar untuk kereta penumpang, trak ringan, dan motosikal bagi pasaran Asia Pasifik itu akan menyediakan sokongan seperti kaunseling kerjaya serta peluang pekerjaan di dalam dan luar Continental.

image is not available

Keputusan untuk menutup kilang tayar di Alor Setar dibuat selepas satu kajian perniagaan yang menyeluruh bagi memastikan daya saing dan prestasi perniagaan syarikat di rantau Asia Pasifik terpelihara.

“Sebagai tindak balas kepada perubahan permintaan pelanggan, syarikat berusaha untuk mengoptimumkan portfolio produknya di peringkat tempatan serta jejak pembuatan syarikat,” tambahnya, memetik laporan Business Times.

image is not available

Walaupun operasi kilang akan dihentikan, Continental tetap mengulangi komitmennya terhadap Malaysia sebagai salah satu pasaran utama dalam strategi rantau Asia Pasifik.

Syarikat itu turut menegaskan komitmennya untuk terus mengekalkan hubungan erat dengan pelanggan dan rakan niaga di Malaysia.

Kilang tayar di Alor Setar itu difahamkan mula beroperasi pada 20 Disember 1979 dan menjadi anak syarikat milik penuh Continental sejak Mei 2012.

Selain itu, kami kongsikana rtikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 5 hours ago

"Peguam Penipu, Bukan Hal Dia Tapi Masuk Campur" - Siti Kasim Dan Tan Sri Adnan Dirakam 'Bergocoh' Di Luar Mahkamah