99.5 peratus peneroka Felda Pahang selesai terima hak milik tanah

LocalPolitics
24 Jul 2026 • 4:28 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 99.5 peratus peneroka Felda Pahang selesai terima hak milik tanah

HULU TERENGGANU – Sebanyak 99.5 peratus daripada 43,600 peneroka Felda di Pahang telah selesai menerima surat hak milik tanah masing-masing.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, hanya kira-kira 200 kes masih berbaki kerana membabitkan isu warisan, namun ia dijangka dapat diselesaikan sebelum hujung tahun ini.

Beliau berkata, pencapaian itu membuktikan komitmen kerajaan negeri Pahang dalam memastikan kebajikan peneroka Felda terus diberi perhatian dengan menyelesaikan isu berkaitan pemilikan tanah yang telah lama dibangkitkan.

“Kalau kita lihat permohonan atau permintaan peneroka supaya mereka diberikan surat tanah milik, penyelesaiannya sudah lebih kurang 99.5 peratus.

“Daripada 43,600 orang peneroka, hanya tinggal lebih 200 kes yang melibatkan masalah warisan dan insya-Allah akan diselesaikan pada tahun ini juga,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Hulu Terengganu di sini, hari ini.

Wan Rosdy berkata, isu pemilikan tanah peneroka Felda menjadi antara perkara diberi perhatian kerajaan negeri Pahang kerana ia melibatkan hak serta masa depan keluarga peneroka.

Naib Presiden UMNO itu berkata, kerajaan negeri Pahang juga memberi perhatian terhadap keperluan generasi kedua Felda dengan menyediakan kira-kira 16,000 blok tapak rumah bagi memastikan anak-anak peneroka mempunyai peluang memiliki kediaman sendiri.  – KOSMO! ONLINE

The post 99.5 peratus peneroka Felda Pahang selesai terima hak milik tanah appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved