Bill Gates Dan Dua Lagi Yayasan Berikrar Memberikan RM530 Juta Bagi Menentang Wabak Covid-19

TechnologyDigitalSpace
10 Mar 2020 • 5:57 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Wabak Covid-19 pada waktu ini dirawat menggunakan ubat yang pada asalnya dihasilkan untuk penyakit HIV. Setakat ini puluhan ribu pesakit telah berjaya disembuhkan tetapi tahap rawatan masih belum 100% berjaya kerana lebih 3000 individu telah meninggal dunia.

image is not available
Bill & Melinda Gates Foundation, Wellcome Trust dan Mastercard Impact Fund telah berikrar memberikan $125 juta (~RM530 juta) kepada COVID-19 Therapeutics Accelerator bagi mempercepatkan proses mengubati wabak yang sedang merebak dengan pantas. Pada waktu yang sama ia akan memastikan kos ubat-ubatan yang berjaya dihasilkan kelak tidak akan membebankan negara atau individu yang kurang berkemampuan.

Secara keseluruhan Bill & Melinda Gates Foundation dan Wellcome Trust masing-masing berikrar memberikan $50 juta manakala Mastercard Impact Fund berikrar memberikan $25 juta.

Usaha mencari ubat yang mampu merawat Covid-19 kini diberikan keutamaan selepas ia mula merebak ke Eropah dan Amerika Syarikat. Di negara seperti Amerika Syarikat yang tidak mempunyai sistem perubatan kebangsaan, pesakit berhadapan menanggung kos rawatan yang amat tinggi. Sementara itu vaksin pertama virus SARS-CoV-2 yang mengakibatkan Covid-19 hanya dijangka akan dihasilkan dalam masa 12-18 bulan.