PKPD ketujuh di Selayang Baharu

25 Apr 2020 • 2:23 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

PUTRAJAYA - Kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ketujuh di Selayang Baharu, Gombak bermula hari ini sehingga 3 Mei depan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri berkata, ia melibatkan enam parcel bertujuan untuk membendung kemungkinan penularan Covid-19 di pasar harian dan Pasar Borong Kuala Lumpur.

"Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan membuat saringan terhadap penduduk di sana seperti yang dilaksanakan di PKPD lain.

"Prosedur operasi standard (SOP) di kawasan tersebut ialah penduduk tidak boleh keluar daripada kawasan itu dan begitu juga orang luar tidak boleh masuk ke dalam kawasan itu," katanya pada Sidang Media (Non-Health) selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini hari ini.

AKAN MENYUSUL




Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved