Moratorium : Bank Buat U-Turn, Kini Ada Faedah Untuk Sewa Beli? Ini Yang Perlu Anda Tahu

30 Apr 2020 • 11:46 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) dalam satu kenyataan hari ini memberitahu bahawa peminjam sewa beli (hire purchase) dan pembiayaan Islam (islamic financing) dengan kadar tetap kini akan dikenakan faedah selama 6 bulan moratorium.

Sedangkan pada pengumuman terdahulu kedua-dua bentuk pinjaman ini berserta pinjaman yang lain difahamkan tidak akan dikenakan sebarang caj faedah.

Malah kenyataan mereka juga dilihat selari dengan kenyataan media yang dilakukan Bank Negara Malaysia pada petang tadi dimana perubahan ini akan berkuatkuasa bermula esok , 1 Mei 2020

image is not available

Kami merujuk kepada kenyataan akhbar yang dikeluarkan pada 25 Mac 2020 mengenai langkah moratorium dan kenyataan yang…

Posted by Bank Negara Malaysia | Central Bank of Malaysia (Official) on Thursday, 30 April 2020

Persoalannya semua terma ini dilihat mengelirukan, apatah lagi bukan semua orang mahir dan faham dengan penggunanan bahasa teknikal yang digunakan pihak bank dalam hal-hal pinjaman sebegini.

Jadi di bawah kami kongsikan pencerahan yang dilakukan seorang pengguna Twitter Khairi bagi memudahkan anda memahami apakah maksud di sebalik semua ini :

Jadi secara ringkasnya bermula padi 1 May, pihak bank akan menghubungi orang ramai (pelanggan sewa beli) untuk mendapatkan pengesahan sama mereka ingin meneruskan moratorium atau tidak.

Hanya terdapat 3 pilihan sama seperti yang dikongsikan di atas, sama ada anda menolak moratorium ( bayar seperti biasa) atau memilih moratorium dengan 2 option :

  1. bayar lumpsump (ansuran april – sept ) + ansuran oktober pada oktober
  2. atau extend 6 bulan lagi dari tarik asal tempoh matang pinjaman