Xiaomi Mi Note 10 Lite Dilancarkan Di Malaysia – Berharga RM1599

TechnologyDigital
11 May 2020 • 3:00 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bersama-sama pengenalan Redmi Note 9 dan Redmi Note 9 Pro, pihak Xiaomi turut telah memperkenalkan satu lagi telefon pintar dibawah siri “Note”, iaitu Mi Note 10 Lite.

image is not available

Xiaomi Mi Note 10 Lite ini hadir dengan skrin 6.47-inci FHD+ AMOLED, dijana Snapdragon 730G, memori 8GB RAM dan storan 128GB. Ia turut menyertakan bateri dengan kapasiti 5260mAh dengan pengecasan pantas 30W.

image is not available

image is not available

Untuk rakaman gambar, kamera belakang menggunakan sensor utama 64MP + 8MP (ultra-lebar) + 5MP (kedalaman) + 2MP (makro). Ia turut menyertakan sensor 32-megapixel untuk kamera swafoto.

Xiaomi Mi Note 10 Lite ditawarkan di Malaysia pada harga RM1599 untuk model 8GB RAM dan storan 128GB. Untuk pra-tempahan awal, pengguna juga akan menerima Powerbank dan juga sebuah beg galas percuma.

image is not available