Instagram kini mengemaskini aplikasi mereka dengan penawaran pelekat baru iaitu “Support Small Business”. Ia adalah satu inisiatif untuk menyokong perniagaan kecil di Instagram, sekaligus bantu mereka menjangkau pelanggan dengan lebih baik.

Di samping itu, pengguna lain juga boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk dengan berhubung secara terus dengan peniaga. Adakah anda seorang peniaga di Instagram? Anda boleh mencuba ciri baru ini sekaligus dapat bantu menjadikan bisnes anda semakin besar dan lebih berkembang maju.

