Awal Januari yang lalu, Unicode mengumumkan senarai 117 emoji baharu akan diperkenalkan menerusi Unicode 13.0. Antara yang diperkenalkan tahun ini ialah emoji selipar Jepun. teh boba, ninja, beruang kutub dan burung dodo. Twitter telah mengemaskini senarai emoji mereka untuk menyokong kesemua emoji ini hari ini.

