Facebook Membeli Giphy – Akan Mengintegrasikan Ia Dengan Lebih Menyeluruh Bersama Instagram

TechnologyDigital
16 May 2020 • 4:39 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

GIPHY merupakan salah satu perkhidmatan yang sangat popular dalam perkongsian GIF, selain memudahkan pengguna untuk menghasilkan animasi GIF sebelum dikongsi dimana-mana perkhidmatan lain.

Terbaru, Facebook hari ini mengumumkan mereka telah mengambil-alih Giphy. Dengan pengambil-alihan ini, Giphy akan diintegrasikan dengan lebih menyeluruh kedalam Instagram dan aplikasi Facebook yang lain.


Facebook mengatakan sekitar 50% daripada penggunaan Giphy hadir daripada Instagram dan aplikasi Facebook yang lain seperti Messenger dan WhatsApp. Dengan integrasi lebih menyeluruh, ia akan memudahkan lagi pengguna berkongsi GIF melalui Stories, Direct dan sebagainya.

Giphy juga akan turut menjalankan perkhidmatan seperti biasa, termasuk bekerjasama dengan rakan kandungan yang lain seperti biasa.

Mengikut beberapa desas-desus, Facebook dikatakan membayar sekitar $400 juta untuk membeli Giphy.

Layari : Giphy

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved