Aplikasi Gerak Malaysia 2.0 telah diumumkan sehari yang lalu yang memfokuskan kepada permohonan perjalanan antara negeri. Ketika pengumuman mengenai aplikasi ini dilakukan oleh kerajaan, kami menyedari terdapat ribuan soalan ditanyakan oleh pengguna di media sosial kerana terdapat pelbagai kekeliruan mengenai cara pengguna aplikasi.

Antara jawapan menarik yang diberikan ialah peranti yang diroot oleh pengguna tidak boleh menggunakan aplikasi Gerak Malaysia. Sekiranya anda kurang mahir menggunakan aplikasi telefon pintar untuk memohon kebenaran perjalanan pula, anda diminta mendapatkan bantuan saudara mara, jiran, rakan berdekatan atau pergi terus ke balai polis berdekatan untuk permohonan secara manual.
Soalan-soalan lazim mengenai aplikasi Gerak Malaysia
Soalan-soalan lazim mengenai Perjalanan Antara Negeri
