Jam tangan pintar Xiaomi Mi Watch Color telah dilancarkan di China sahaja pada Januari yang lalu dengan rekaan muka jam bulat serta menggunakan sistem operasi Wear OS. Selepas hampir setengah tahun, nampaknya ia kini bersedia untuk ditawarkan kepada pengguna global dengan nama baharu Mi Watch Revolve.

Xiaomi Mi Watch Color sebelum ini hadir dengan skrin 1.39-inci AMOLED, resolusi 454 x 454 pixel dan tubuh bersaiz 46.2mm. Rangka jam adalah dari besi, hadir dengan sokongan NFC, Bluetooth 5.0 BLE, dan perlindungan kalis air 5ATM. Lebih menarik, jam ini juga hadir dengan GPS terbina dan ketahanan bateri sehingga 14 hari untuk mod jam biasa atau 22 hari jika jam sahaja atau juga 22 jam mod sukan. Kebarangkalian spesifikasi Mi Watch Resvolve diubah pada waktu ini adalah rendah.
