Rasmi : OnePlus Mengesahkan Bakal Melancarkan Telefon Pintar Mampu-Milik

TechnologyDigital
23 Jun 2020 • 9:56 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

OnePlus hari ini mengesahkan yang mana mereka akan melancarkan telefon pintar mampu-milik tidak lama lagi. Pengumuman ini hadir selari dengan pelbagai desas-desus sejak akhir-akhir ini mengatakan OnePlus bakal melancarkan telefon pintar yang mungkin dinamakan OnePlus 8 Lite atau OnePlus Z.

image is not available

Pihak OnePlus melalui pengumuman di laman forum rasmi, mengatakan mereka mendapati lebih ramai yang inginkan telefon pintar yang kukuh pada harga lebih mampu-milik. Selari dengannya, mereka akan melancarkan sebuah siri peranti baru di Eropah dan India tidak lama lagi.

Buat masa ini, pihak OnePlus tidak mengumumkan sebarang tarikh pelancarannya. Namun, dengan pengesahan rasmi ini, ia sekaligus memperlihatkan yang mana OnePlus mungkin melancarkannya seawal bulan hadapan.