The post Ella Nyanyikan Semula Lagu Berhantu Standing In The Eyes Of The World, Sempena Hari Kemerdekaan AS appeared first on Lobak Merah. By continuing publishing our materials, you have knowingly infringed our intellectual property and copyrights by reproducing Lobak Merah contents without any prior written consent from the media owner. This case will be escalated into a legal action should the content remains on this site.
“Harapan yang pernah, terkulai layu…”
Kalau korang automatically dapat sambung lirik ni, maknanya korang adalah anak-anak yang hidup pada era Sukan Komanwel 1998 — kerana pada ketika itulah lagu dendangan ratu rock Ella ini mula diperdengarkan kepada orang ramai.
Hebat tak hebat Standing In The Eyes Of The World, lagu ini sememangnya berhantu kerana ia berupaya memberi suntikan semangat kepada sesiapa sahaja yang mendengarnya.
Dan lebih membanggakan, lagu ciptaan Datuk Wah Idris yang turut dihasilkan bersama David Gates dan Habsah Hassan ini — dipilih sebagai lagu untuk meraikan Hari Kemerdekaan Amerika Syarikat, yang disambut semalam!
Ia sebenarnya dipilih oleh Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia, sempena meraikan hubungan diplomasi kebudayaan yang telah sekian lama terjalin antara kedua-dua negara.
Memetik laporan MalayMail, Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Kamala Shirin Lakhdhir dalam satu kenyataan memaklumkan — muzik diangkat sebagai bahasa sejagat yang dapat menyatupadukan insan.
Justeru mengambil semangat itu, lagu klasik Standing In The Eyes Of The World dipilih untuk diberikan nafas baru semula — bagi meraikan hubungan Washington-Kuala Lumpur.
Mengulas lanjut, pemilihan Ella juga dibuat kerana penyanyi itu pernah merakamkan album Ella USA pada 1994 di Los Angeles.
Menariknya, selain Ella — antara individu yang terlibat dalam pembikinan semula lagu ini termasuk Zee Avi, pemain seruling Mohar dan gitaris Guns N’ Roses, Ron Bumblefoot Thal.
Baca: Jom Imbau Kembali Lagu-Lagu Patriotik Segar Sepanjang Zaman!