“Fan theory yg mengarut” – Animasi Upin Ipin Dilucahkan Negara Jiran, Ini Reaksi Aktivis Malaysia

4 Jul 2020 • 2:19 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

The post “Fan theory yg mengarut” – Animasi Upin Ipin Dilucahkan Negara Jiran, Ini Reaksi Aktivis Malaysia appeared first on Lobak Merah. By continuing publishing our materials, you have knowingly infringed our intellectual property and copyrights by reproducing Lobak Merah contents without any prior written consent from the media owner. This case will be escalated into a legal action should the content remains on this site.

Siapa yang tak pernah dengar atau tengok animasi Upin Ipin? Selain Boboiboy dan Ejen Ali, Upin Ipin juga merupakan animasi yang dihasilkan anak tempatan dan mendapat tempat dihati penonton di Malaysia malah di negara jiran, Indonesia.

Pun begitu, ada juga cerita yang tak berapa sedap daripada peminat siri animasi ini. Banyak fan theory yang mengarut dan macam tak masuk akal. Iyelah, cerita yang banyak bagi pengajaran kepada generasi muda dimasukkan elemen-elemen mengarut oleh orang yang tak bertanggungjawab.

Baru-baru ini, tular di media sosial satu fan theory tentang Upin Ipin ni yang tak masuk akal dan seolah menghalalkan perkara yang terkutuk. Apa yang mengarut pasal teori tersebut adalah tentang hubungan Upin Ipin dan Kak Ros, hubungan Kak Ros dan Tok Dalang dan beberapa teori yang lain.

Terpanggil dengan pendedahan dan teori tak berasas itu, seorang aktivis @akhifairuz_ yang sering menyentuh tentang pendidikan seksual memberikan reaksi dalam akaun Twitter dan Youtube beliau. Korang boleh baca reaksi beliau kat bawah ni.

 

Jangan lucahkan animasi Upin Ipin

Bukan sahaja beliau yang kecewa dan memberi komen kepada tindakan orang tak bertanggungjawab berkenaan, malahan netizen yang merasa perkara itu tak appropriate turut memberikan pandangan mereka.

image is not availableKalau dah ada yang masih cari benda-benda macam ni, memang makin ramai lah orang yang tak bertanggungjawab keluar teori pelik-pelik. Tak kisahlah cartoon apa sekalipun, benda tak elok, jangan lah pandai-pandai menambah

image is not availableKita kadang-kadang tak perasan atau sedar apa yang anak-anak kita tengok. Bahaya weh, sekali anak-anak kita tengok pastu ikut benda-benda tak elok tu dalam kehidupan susah nak ubah dah.

image is not availableHarap penerbit boleh pertimbangkan cadangan ni. Kita nak elak dari orang buat teori pelik-pelik. Bukan apa, untuk kebaikkan semua orang gak kan. Tak nak lah orang kita terikut benda-benda tak elok ni.

image is not availableUntuk penjelasan lebih lanjut, korang boleh tengok sendiri video beliau di Youtube Akhi Fairuz Al- Jengkawi atau KLIK SINI

 

Baca: Netizen Indo Bengang Dengan Fizi Lepas Tengok Animasi Upin Ipin Version Syawal

image is not available

 

 

The post “Fan theory yg mengarut” – Animasi Upin Ipin Dilucahkan Negara Jiran, Ini Reaksi Aktivis Malaysia appeared first on Lobak Merah. By continuing publishing our materials, you have knowingly infringed our intellectual property and copyrights by reproducing Lobak Merah contents without any prior written consent from the media owner. This case will be escalated into a legal action should the content remains on this site.