Nearby Share Mungkin Hadir Ke Peranti Android 6.0 Ke Atas Seawal Ogos

TechnologyDigital
21 Jul 2020 • 11:19 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Menerusi Nearby Share, Google ingin memberikan fungsi penghantaran fail pantas pada peranti Android yang setanding dengan AirDrop pada peranti iOS. Ujian Beta telah dimulakan sejak tiga minggu yang lain. Tetapi kini mula kedengaran ura-ura ia akan hadir seawal Ogos dan disokong pada kesemua peranti Android 6.0 dan ke atas.

image is not available
Ini disahkan menerusi ciapan Mishaal Rahman yang merupakan penulis untuk XDA Developer. Untuk mengaktifkan Nearby Share, kemas kini menerusi Google Play Services kelak. Nearby Share menggantikan fungsi Android Beam yang tidak lagi disokong pada peranti Android 10. Kerana ia menggunakan protokol WiFi Direct, Nearby Share mampu memberikan kelajuan pemindahan fail yang pantas antara dua peranti.