Sempena hari emoji sedunia pada 17 Jun yang lalu Google sempat berkongsi beberapa rekaan emoji baharu yang bakal diperkenalkan menerusi Unicode 13. Jika Apple sekadar menunjukkan 13 rekaan emoji untuk iOS 14, Google berkongsi lebih banyak rekaan. Tidak berhenti di situ Google juga mengumumkan beberapa emoji telah direka semula dan akan lebih mesra tema gelap.


Emoji yang diberikan rekaan semula turut dipastikan akan kelihatan jelas walaupun digunakan dalam tema gelap berlatar belakang hitam. Setahu kami Google ialah syarikat pertama yang mengambil inisiatif untuk mereka semula emoji supaya serasi dengan mod gelap. Kesemua 62 emoji baharu Unicode 13 dan yang telah diberikan rekaan semula ini akan hadir menerusi kemas kini Android 11 kelak.


