Mi True Wireless Earphones 2 Basic Diumumkan Dengan Bateri Sehingga 20 Jam

TechnologyDigital
15 Jul 2020 • 9:23 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Di acara khas sebentar tadi Xiaomi melancarkan beberapa produk baharu dan antara yang menarik perhatian kami ialah Mi True Wireless Earphones 2 Basic. Ia sebuah lagi fon telinga nirwayar dari Xiaomi dengan beberapa ciri premium,

image is not available
Pertama sekali ia dilengkapi pemandu audio sebesar 14.2mm yang adalah lebih besar berbanding 10mm pada kebanyakan TWS lain di pasaran. Terdapat juga kawalan secara sentuhan pada sisi fon telinga, menjeda muzik apabila ditanggalkan dari telinga dan pengecasan menerusi port USB-C. Sokongan pengecasan nirwayar walau bagaimanapun tidak diberikan.

Dengan sekali caj setiap fon telinga boleh beroperasi sehingga 5 jam atau sehingga 20 jam dengan pod pengecas yang disertakan. Sokongan audio sehingga AAC diberikan serta kemampuan tambatan pantas pada peranti Android. Harga jualan di Eropah ialah €39.99 (~RM195) sebuah.