“Ajak gaduh, siap maki”- [VIDEO] Lelaki Dipercayai Penjawat Awam ‘Tunjuk Samseng’ Dekat Area MINDEF Lepas Hampir Berlanggar

8 Jul 2020 • 1:14 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

The post “Ajak gaduh, siap maki”- [VIDEO] Lelaki Dipercayai Penjawat Awam ‘Tunjuk Samseng’ Dekat Area MINDEF Lepas Hampir Berlanggar appeared first on Lobak Merah. By continuing publishing our materials, you have knowingly infringed our intellectual property and copyrights by reproducing Lobak Merah contents without any prior written consent from the media owner. This case will be escalated into a legal action should the content remains on this site.

Viral di media sosial sejak beberapa jam lepas sebuah rakaman video daripada dash camera yang menunjukkan kejadian pergaduhan dua penunggang motor di ibu kota, pada awal pagi tadi.

Menurut perkongsian Hisyam Nozi di Facebook, kejadian itu berlaku di hadapan Masjid Khalid Al Walid MINDEF kira-kira jam 7.45 pagi tadi. Melalui rakaman itu, seorang penunggang yang memakai baju berwarna biru dilihat cuba untuk belok ke kanan. Namun, sebuah motosikal lain dari arah kanan yang mahu terus hampir berlanggar dengannya.

image is not available

image is not available

Lelaki yang dipercayai merupakan penjawat awam itu kemudian dilihat memarahi penunggang yang hampir melanggarnya itu dan berlaku pergaduhan mulut antara mereka berdua sehinggakan dia berpatah balik.

Penunggang yang membawa isteri serta anak kecilnya itu kemudian turun dari motosikal dan selepas beberapa ketika bergaduh mulut, penjawat awam tersebut dilihat mengasari dan menumbuk lelaki berkenaan.

Menurut saksi, lelaki terbabit juga kemudian bertindak menendang motosikal tersebut menyebabkan anak dan isteri penunggang lain itu terjatuh. Orang awam dilihat cuba meleraikan pergaduhan tersebut sebelum kedua-dua penunggang beredar.

image is not available

image is not available

image is not available

Ramai netizen yang menonton video ini mengecam penjawat awam tersebut kerana bertindak kasar sedangkan dia yang bersalah. Netizen juga turut berasa bengang apabila dia menyebabkan anak kecil tersebut terjatuh selepas motosikal itu ditendang olehnya.

Kau dah langgar right of way kawan tu, kau ajak dia gaduh, kau tolak dia sampai anak bini dia jatuh moto.”

Netizen juga turut mengkritik isteri penjawat awam tersebut yang dikatakan hanya berdiri kaku dan tidak cuba untuk menenangkan suami serta meleraikan pergaduhan yang berpunca daripada suaminya itu.

Tonton video di bawah: 

Kau dah langgar right of way kawan tu, kau ajak dia gaduh, kau tolak dia sampai anak bini dia jatuh moto. Kau tengok…

Posted by Hisyam Nozi on Selasa, 7 Julai 2020

Baca: “Marah sebab misi ambil darah mak banyak sangat”- Viral Lelaki Berkain Pelikat Mengamuk Di Klinik Kesihatan

image is not available

Facebook

Facebook

Facebook

Facebook

Facebook

The post “Ajak gaduh, siap maki”- [VIDEO] Lelaki Dipercayai Penjawat Awam ‘Tunjuk Samseng’ Dekat Area MINDEF Lepas Hampir Berlanggar appeared first on Lobak Merah. By continuing publishing our materials, you have knowingly infringed our intellectual property and copyrights by reproducing Lobak Merah contents without any prior written consent from the media owner. This case will be escalated into a legal action should the content remains on this site.