
Nampaknya Nubia akan melancarkan banyak lagi produk, yang mana salah satu daripadanya adalah penghala WiFi 6 yang ditujukan untuk permainan video. Penghala ini dilihat menggunakan rekaan yang lain daripada yang lain, iaitu berbentuk kiub dengan kekisi pengaliran udara di bahagian atas dengan rekaan garang dan ranggi yang selari dengan tema gaming. Logo pada penghala ini dilihat turut akan bernyala berwarna merah dan akan ada iluminasi kelihatan dari kekisinya dan WiFi 6 dilihat diukir di hadapan sisi.
Penghala ini mempunyai sokongan pemecutan untuk permua pada peranti Red Magic, menggunakan CPU berprestasi tinggi dan menggunakan teknologi OFDMA untuk banyak peranti menggunakan WiFi 6 dengan lebih stabil serentak dan turut berfungsi sebagai rangkaian mesh untuk sokongan penyambungan yang lebih luas.
