Nubia Red Magic 5S Juga Akan Diperkenalkan Pada 28 Julai Ini

TechnologyDigital
21 Jul 2020 • 12:09 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Baru sahaja beberapa hari lepas kami berkongsi mengenai Nubia Red Magic 5S dan ia merupakan salah sebuah peranti yang akan menggunakan cip terkini, Snapdragon 865+ sebagai tunjang utama. Selepas mendedahkan sedikit demi sedikit mengenai spesifikasinya, Nubia kini berkongsi pula mengenai tarikh pelancarannya yang dijadualkan berlangsung pada 28 Julai ini.

image is not available

Selain daripada Snapdragon 865+, peranti ini juga disahkan dilengkapi memori berasaskan LPDDR5 dan storan berasaskan UFS 3.1. Ia sekaligus memberikan gambaran bahawa peranti ini dijangka mampu menawarkan prestasi yang lancar kepada pengguna. Ia juga hadir dengan sistem penyejukan canggih, selain juga menyokong paparan dengan kadar segar semula yang tinggi mencecah 144Hz bersama kadar tindak balas sentuhan 240Hz.

Spesfikasi masih belum diketahui. Namun, ramai menjangkakan ia bakal membawakan sejumlah spesifikasi daripada Red Magic 5G tetapi dengan lebih penambahbaikan. Apa yang anda harapkan daripada model kali ini? Kongsikan di ruangan komen di bawah.

Sekadar selingan, Realme juga akan melancarkan peranti terbaru mereka, Realme C15 pada tarikh yang sama. Ini merupakan peranti pertama daripada Realme yang menyokong bateri besar 6,000mAh.