The post Aktivis Tak Setuju Pihak Berkuasa Dedah Butiran Rayhan Kabir Lepas Tengok Komen ‘Ganas’ Netizen appeared first on Lobak Merah. By continuing publishing our materials, you have knowingly infringed our intellectual property and copyrights by reproducing Lobak Merah contents without any prior written consent from the media owner. This case will be escalated into a legal action should the content remains on this site.
Sehingga hari ini, perbincangan mengenai video dokumentari dari Al Jazeera bertajuk “Locked Up in Malaysia’s Lockdown” masih hangat diperkatakan.
Macam yang korang tahu, baru-baru ini Jabatan Imigresen Malaysia telah keluarkan kenyataan media mencari lelaki dalam video tular itu, Rayhan Kabir dan turut mendedahkan nombor pasport serta alamat terakhir tempat tinggal dalam usaha untuk menjejakinya.
KENYATAAN MEDIAJABATAN IMIGRESEN MALAYSIA16 ZULKAEDAH 1441H / 07 JULAI 2020ORANG DIKEHENDAKI JABATAN IMIGRESEN…
Posted by Jabatan Imigresen Malaysia on Isnin, 6 Julai 2020
Dah tentunya posting ini telah mendapat ribuan komen dari netizen yang rata-ratanya marah dengan komen yang dibuat oleh lelaki tersebut dalam dokumentari itu. Rata-rata komen menunjukkan ketidakpuasan hati netizen dan ancaman-ancaman yang ditujukan kepada lelaki tersebut.

Ekoran dari komen-komen “ganas” ini, aktivis hak asasi, Muhammad Afiq Noor mengatakan yang notis yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia ini adalah tindakan yang tidak wajar.
Bercakap dengan FMT, Afiq mengatakan intimidasi terhadap media dan pendatang asing adalah sesuatu yang tak perlu.
Kebimbangan sebenar adalah imigresen nampak seperti cuba senyapkan kritikan. Tindakan itu tak perlu.”
Tambahnya lagi, kesalahan Rayhan adalah tak jelas dan bukan dalam bidang kuasa imigresen termasuk mendedahkan butiran peribadi kerana jika kesalahan Rayhan adalah menetap secara haram, tak wajar untuk pihak berkuasa edarkan poster seperti ini kerana ia boleh mendorong komen-komen yang bersifat prejudis seperti ini.
Baca: Ini 7 Perkara Yang Telah Berlaku Sejak Video Kontroversi Al Jazeera Ditayangkan