[VIDEO] Hebat skil melukis nenek ni, tapi apa kaitan ‘kikis’ ulat kat pokok tu…?

Art
17 Jul 2020 • 9:25 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

LINCAH dan kreatif nenek ni berkarya. Cantik pula lukisan yang dibuat hanya menggunakan berus dan alat biashe-biashe je.

Video yang dikongsikan dalam media sosial berdurasi lebih empat minit itu pasti membuatkan mata tertancap dan terpegun dengan lukisan flora dan fauna hasil nenek ini.

Apa yang menarik, guna besen pun jadi. Ada juga masa-masa tertentu dalam video tersebut, nenek comel ini guna tembikai untuk buat bulatan pada lukisan.

Nah! Lihat saja hasil lukisan nenek ini.

Rata-rata warganet mengagumi kepakaran nenek ini sehingga mahu hasil seni itu digantung di dinding rumah mereka.

Tak kurang juga ada yang me’level’kan nenek ini pakar seni dek gaya bersahaja menyiapkan lukisan sangat menawan sekelip mata.

Tapi yang tak faham apa untuk apa ulat ke kumbang kat pokok ‘dikikisnya’ tu ya?

image is not available

 

 

The post [VIDEO] Hebat skil melukis nenek ni, tapi apa kaitan ‘kikis’ ulat kat pokok tu…? appeared first on Sinar Plus.