Lelaki ‘Jual’ Bakal Isteri Dengan Harga RM72 Guna Alasan Nak Kumpul Modal Kahwin

22 Jul 2020 • 7:35 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

The post Lelaki ‘Jual’ Bakal Isteri Dengan Harga RM72 Guna Alasan Nak Kumpul Modal Kahwin appeared first on Lobak Merah. By continuing publishing our materials, you have knowingly infringed our intellectual property and copyrights by reproducing Lobak Merah contents without any prior written consent from the media owner. This case will be escalated into a legal action should the content remains on this site.

Seorang lelaki tergamak ‘menjual’ calon isterinya kepada lelaki lain dengan alasan yang tak masuk akal. Kononnya nak kumpul duit modal nikah dengan wanita malang itu.

Peristiwa yang berlaku di Indonesia ini mula terungkai apabila wanita tersebut dicekup oleh pihak polis saat dengan melakukan hubungan intim dengan lelaki lain dalam satu serbuan kerana pihak polis terima makluman bahawa ada kegiatan pelacuran di sesuatu kawasan tersebut. Kata Ketua Polis, Puji Prayitno.

Dijual dengan harga RM72

image is not available

Setelah disoal siasat, polis telah berjaya meraih maklumat daripada wanita tersebut bahawa kegiatan itu dilakukan kerana ia adalah keputusan bakal suaminya.

Lelaki yang dikatakan bakal suaminya itu telah ditahan polis hari ini sekitar jam satu pagi tadi. Menerusi Tribunnews, pelanggan dikenakan caj sebanyak Rp 250.000 (RM 72.71) untuk mendapat ‘langganan’ daripada wanita tersebut.

Lapor sumber lagi, ketika dalam tahanan, lelaki tersebut menjelaskan kepada pihak polis bahawa alasannya ‘menjual’ wanita tersebut adalah kerana ingin mengumpul modal mereka berdua untuk kumpul duit nikah.

Namun begitu, pihak polis mendapati bahawa lelaki tersebut sengaja melacurkan bakal isterinya itu tanpa sebarang sebab.

Baca : “Datang Malaysia buat hal” – Kena Tipu Sindiket, Wanita Bangladesh Terpaksa Jadi Pelacur Layan Rakan Senegara

image is not available

Gambar Hiasan

Tribunnews