Misteri Kehilangan Anna Jenkins Pada 2017 Hampir Terjawab! Polis Jumpa Tulang Manusia & Pakaian Dipercayai Milik Mangsa?

LocalEntertainment
7 Jul 2020 • 5:13 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

The post Misteri Kehilangan Anna Jenkins Pada 2017 Hampir Terjawab! Polis Jumpa Tulang Manusia & Pakaian Dipercayai Milik Mangsa? appeared first on Lobak Merah. By continuing publishing our materials, you have knowingly infringed our intellectual property and copyrights by reproducing Lobak Merah contents without any prior written consent from the media owner. This case will be escalated into a legal action should the content remains on this site.

Korang ingat lagi tak kes kehilangan misteri wanita warga Australia, Jenkins Annapuranee, 65 tahun yang hilang selepas keluar dari hotel penginapannya dalam kejadian pada 13 Disember 2017?

 

Ini kronologi kehilangan Anna Jenkins

Ciri-ciri : Berbadan besar, tinggi 165 cm, berat 75kg, berkulit gelap

13 Disember

  • Pukul 3 petang Anna Jenkins keluar dari hotel penginapannya untuk ke klinik gigi di Pulau Tikus, Georgetown Pulau Pinang.
  • Selesai rawatan, Anna minta pekerja klinik pesan Uber untuk pergi ke rumah kebajikan Little Sister of Poor, Batu Lanchang di Air Hitam.
  • Anna minta driver Uber berhentikannya di traffic light Jalan Scotland
  • Driver berhentikan kenderaan di sekitar kawasan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ramakrisha

Selepas itu tiada khabar berita mengenai Anna Jenkins sehingga kini.

image is not available

 

Tulang dan baju milik Anna Jenkins dijumpai?

Perkembangan terbaru tentang misteri kehilangan wanita warga Australia ini agak mengejutkan.

Ini selepas seorang lelaki menemui tulang manusia dan longgokan pakaian di kawasan hutan berhampiran Jalan Batu Gantung yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan Anna Jenkins.

Objek terbabit dijumpai seorang lelaki yang sedang melakukan kerja-kerja landskap menanam pokok di kawasan hutan berhampiran pada kira-kira 4 petang, 24 Jun lepas.”– Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Suffian Santong

image is not available

Katanya pengadu ternampak longgokan baju yang lama ditinggalkan sebelum dia membuat pemeriksaan pada baju tersebut dan menjumpai seketul tulang (tak pasti manusia atau haiwan), lapor Bernama.

Keesokan harinya lelaki tersebut bawa baju dan tulang ke Balai Polis Kampung Baru.

Hasil bedah siasat yang dilakukan mengesahkan yang ianya tulang manusia.

“Pihak polis sedang menunggu pihak kedutaan untuk menyerahkan sampel DNA ahli keluarga orang hilang tersebut kepada pihak polis bagi ujian perbandingan DNA yang bertujuan mendapatkan identiti sebenar tulang yang dijumpai itu,”

Malah ACP Suffian berkata pihaknya tidak pernah menghentikan siasatan keatas kehilangan Anna Jenkins, malah sebarang petunjuk akan digunakan sebaiknya untuk menyelesaikan misteri kehilangan wanita itu.

 

Baca : Mati dengan muka kelihatan jatuh, badan terlentang;- Lebih 400 Ekor Gajah Mati Secara Misteri Sejak Mei Hingga Kini

image is not available

Harian Metro

The Sun Daily

The post Misteri Kehilangan Anna Jenkins Pada 2017 Hampir Terjawab! Polis Jumpa Tulang Manusia & Pakaian Dipercayai Milik Mangsa? appeared first on Lobak Merah. By continuing publishing our materials, you have knowingly infringed our intellectual property and copyrights by reproducing Lobak Merah contents without any prior written consent from the media owner. This case will be escalated into a legal action should the content remains on this site.