Palestin Kini Hilang Dalam Google Maps, Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Technology
19 Jul 2020 • 4:57 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

The post Palestin Kini Hilang Dalam Google Maps, Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu appeared first on Lobak Merah. By continuing publishing our materials, you have knowingly infringed our intellectual property and copyrights by reproducing Lobak Merah contents without any prior written consent from the media owner. This case will be escalated into a legal action should the content remains on this site.

Kecoh baru-baru ini apabila negara Palestin dilaporkan telah dipadam daripada Google Maps milik syarikat gergasi Google.

Google menjadi sasaran netizen apabila syarikat ini didakwa sengaja memadamkan nama Palestin yang sepatutnya berada di dalam peta Google Maps.

Malah, orang ramai turut mempersoalkan tindakan Google yang masih mengekalkan negara haram Israel sejak puluhan tahun dahulu di dalam fungsi peta mereka.

Melihatkan situasi ini, petisyen melalui Change.org telah dibuat bagi mengumpulkan sokongan daripada seluruh dunia untuk mendesak Google agar kembalikan semula Palestin di dalam Google Maps.

Nama Palestin sebenarnya sudah dipadam sejak 2016?

Pada tahun 2016, timbul isu yang sama apabila Google menjadi sasaran ramai kerana mereka dituduh sengaja memadamkan nama Palestin dan hanya meletakkan nama West Bank dan Gaza Strip di Google Maps.

Untuk menjawab persoalan ini, wakil Google pernah menjawab pada 2014 bahawa pihak mereka akan kekal neutral dan tidak berpihak kepada mana-mana negara berkenaan isu sempadan negara.

Adakah ada tangan gelap yang mahu sejarah Palestin terus dilupakan oleh masyarakat dunia?

Sumber: News18

BACA: “Salah ke jadi orang Palestin?” – Bella Hadid ‘Sound’Instagram Sebab Padam ‘Posting’ Bangga Berdarah Palestin

image is not available