Jewel Shuping: Wanita ‘Transable’ Sanggup Tuang Cecair Pencuci Longkang Dalam Mata Sebab ‘Teringin’ Buta

Design
21 Jul 2020 • 6:07 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

The post Jewel Shuping: Wanita ‘Transable’ Sanggup Tuang Cecair Pencuci Longkang Dalam Mata Sebab ‘Teringin’ Buta appeared first on Lobak Merah. By continuing publishing our materials, you have knowingly infringed our intellectual property and copyrights by reproducing Lobak Merah contents without any prior written consent from the media owner. This case will be escalated into a legal action should the content remains on this site.

Biasanya kita dengar pasal transgender kan? Tapi, tahu tak sebenarnya ada ‘transable’ iaitu simptom di mana seseorang yang sihat tapi rasa mereka sepatutnya dilahirkan cacat atau kurang upaya.

Ini kisah Jewel Shuping, wanita berusia 35 tahun dari North Carolina yang dilahirkan sempurna, sihat fizikal namun sanggup mencacatkan dirinya untuk merealisasikan impian sejak kecil.

image is not available

 

Ada penyakit Body Integrity Identity Disorder (BIID)

Jewel mengaku memang teringin untuk jadi buta dan disebabkan keinginan itulah dia sanggup membutakan dirinya sendiri. Dia disahkan mempunyai Body Integrity Identity Disorder (BIID) iaitu satu kondisi di mana seseorang yang sempurna percaya mereka ditakdirkan untuk menjadi ‘kurang upaya’.

image is not available

image is not available

 

Berangan jadi buta dari kecil

Ketika berkongsi tentang kisahnya kepada umum, Jewel mendedahkan bahawa dia sebenarnya mempunyai impian untuk menjadi orang buta sejak dari kecil.

Ibu selalu jumpa saya berjalan di ruang tamu pada waktu malam, ketika itu saya berusia 3 atau 4 tahun. Ketika berusia 6 tahun, saya masih ingat apabila berfikir tentang menjadi buta, ianya membuatkan saya berasa selesa.”

image is not available

Ketika kecil jugalah, Jewel akan habiskan masa berjam-jam dengan menatap matahari, memerhatikan bintik matahari dan ribut matahari apabila ibunya beritahu matanya akan rosak disebabkan itu.

Pada usia remaja, dia mula memakai kaca mata tebal berwarna hitam dan membeli tongkat digunakan orang buta ketika berumur 18 tahun. Sewaktu usia 20 tahun pula, Jewel sudah menguasai Braille.

image is not available

 

Jumpa ahli psikologi, bantu ‘jadi buta’ guna pencuci longkang

Bersungguh-sungguh untuk jadikan impiannya itu realiti, Jewel berjumpa dengan ahli psikologi yang sanggup membantunya menjadi buta. Dia akhirnya ‘membutakan dirinya’ pada tahun 2006.

Proses itu dimulakan dengan meletakkan beberapa titis mata yang memberikan kesan kebas ke dalam matanya. Menurut Jewel, selepas itu beberapa titik cecair pencuci longkang ke dalam kedua-dua mata. Mengakui proses itu sangat menyakitkan, dia berkata,

Mata saya ‘menjerit’ dan saya dapat rasa cecair pencuci longkang itu mengalir di pipi dan kulit rasa ‘terbakar’.”

Tapi pada ketika itu, saya hanya berfikir tentang ‘Saya akan menjadi buta, semuanya akan baik-baik sahaja’.”

image is not available

 

Kecewa bila buka mata, masih belum buta

Difahamkan, pasukan perubatan di hospital kemudian cuba untuk menyelamatkan penglihatan Jewel namun ianya sudah terlambat.

Bagaimanapun, mata Jewel betul-betul menjadi buta sepenuhnya selepas enam bulan. Katanya lagi, dia masih ingat kekecewaan yang dirasa apabila dia cuba buka mata dan masih dapat melihat.

Bila saya bangun keesokan hari, saya berasa gembira. Tapi, saya marah sebaik saja saya pusing ke belakang dan buka mata ternyata saya masih dapat melihat skrin TV.”

image is not available

 

Akhirnya impian menjadi kenyataan

Dalam tempoh enam bulan seterusnya, penglihatan Jewel semakin pudar dan menjadi buta sepenuhnya seperti yang diimpikannya sejak kecil.

Saya betul-betul rasa yang saya sepatutnya dilahirkan sebegini, saya sepatutnya buta sejak lahir.”

Tidak dinyatakan sama ada ahli psikologi yang terlibat dalam proses membutakan mata Jewel itu didakwa di mahkamah atau pun tidak.

image is not available

Sumber: Daily Mail, Medium, Youtube, Barcroft TV

Baca: “Superhero pekak dan gay pun ada”- Marvel Bakal Tampilkan Superhero Transgender ‘Very Soon’

image is not available

Barcroft TV

Barcroft TV

Barcroft TV

Barcroft TV

The Plaid Zebra

Mirror

The Plaid Zebra

Mirror

The post Jewel Shuping: Wanita ‘Transable’ Sanggup Tuang Cecair Pencuci Longkang Dalam Mata Sebab ‘Teringin’ Buta appeared first on Lobak Merah. By continuing publishing our materials, you have knowingly infringed our intellectual property and copyrights by reproducing Lobak Merah contents without any prior written consent from the media owner. This case will be escalated into a legal action should the content remains on this site.