“Degil tak dengar cakap” – Ramai Berkerumun Ambik Minyak ‘Free’ Sebelum Lori Tangki Meletup Ragut 11 Nyawa

8 Jul 2020 • 4:09 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

The post “Degil tak dengar cakap” – Ramai Berkerumun Ambik Minyak ‘Free’ Sebelum Lori Tangki Meletup Ragut 11 Nyawa appeared first on Lobak Merah. By continuing publishing our materials, you have knowingly infringed our intellectual property and copyrights by reproducing Lobak Merah contents without any prior written consent from the media owner. This case will be escalated into a legal action should the content remains on this site.

Mengerikan dan tragis. Itu apa yang boleh digambarkan mengenai sebuah video yang tular memaparkan insiden kebakaran tangki lori minyak yang terbalik dan membakar kesemua mangsa yang berada di tempat kejadian secara hidup-hidup.

Menerusi video tersebut, orang ramai yang membawa bekas dilihat berpusu-pusu membanjiri lori berkenaan dipercayai untuk mengambil minyak yang dari lori terbalik berkenaan.

Namun, tindakan tersebut membawa padah apabila tangki minyak itu meletup sekaligus api yang marak menyambar kesemua mangsa yang berada berdekatan tanpa sempat mereka berlari dan menyelamatkan diri.

 

Menurut sumber, kejadian tersebut berlaku pada Isnin lalu di sebuah lebuh raya di Magdalena, Colombia. Pemandu trak, Manuel Catano, telah membawa 5,000 gelen minyak sebelum trak yang dipandunya hilang kawalan dan terbalik di tepi jalan.

Catano yang bergegas keluar daripada kabin mendapati beberapa minit kemudian penduduk sekitar mula datang dengan membawa bekas untuk mengambil minyak berkenaan. Dia turut sempat memesan kepada penduduk sekitar akan bahaya untuk berbuat demikan.

‘Saya memberitahu mereka bahawa ia merupakan petrol premium dan boleh menyebabkan kebakaran’

Namun, dia diminta untuk tidak ‘masuk campur’ dalam urusan mereka sambil mereka memecahkan injap tangki dengan paip untuk mengeluarkan petrol berkenaan.

Lapor Daily Mail lagi, polis yang tiba mendapati bilangan orang ramai semakin bertambah di mana 120 orang dilaporkan mengerumuni tempat kejadian sebelum tangki tersebut meletup secara tiba-tiba.

Insiden berkenaan telah meragut sekurang-kurangnya 11 nyawa dan menyebabkan 52 lagi mangsa mengalami kecederaan parah dan sedang mendapatkan rawatan.

Baca: “Terbakar pun boleh senyum” – Lelaki Ini Masih Tenang Walaupun Vespa Miliknya Hampir Rentung Dijilat Api

image is not available

The post “Degil tak dengar cakap” – Ramai Berkerumun Ambik Minyak ‘Free’ Sebelum Lori Tangki Meletup Ragut 11 Nyawa appeared first on Lobak Merah. By continuing publishing our materials, you have knowingly infringed our intellectual property and copyrights by reproducing Lobak Merah contents without any prior written consent from the media owner. This case will be escalated into a legal action should the content remains on this site.