Amazfit Kini Diintegrasikan Dalam Ekosistem Zepp

TechnologyDigital
24 Aug 2020 • 3:18 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Amazfit adalah syarikat di bawah Huami yang mana berkait rapat dengan Xiaomi untuk penghasilan produk kecergasan seperti Mi Band. Di bawah Amazfit pula, ada banyak produk kecergasan lain yang lebih fokus kepada bentuk jam tangan pintar. Salah satu produk mereka yang baru dilancarkan di Malaysia adalah Amazfit T-Rex. Setiap produk ini perlu di kawal melalui aplikasi Amazfit sendiri.

image is not available

Terkini, aplikasi Amazfit ini dilihat telah dijenamakan kepada Zepp di Play Store. Adakah kelak di masa akan datang produk-produk Amazfit akan berubah kepada Zepp? Menurut butiran kemaskini aplikasi, nama ini digunakan kerana ingin menyasarkan kemudahan kepada lebih ramai orang dan penggunaan nama ini adalah lebih profesional dan komprehensif. Semua peranti Amazfit sedia ada akan kekal berfungsi seperti biasa, hanya nama dan ikon aplikasi sahaja berubah.

image is not available

Tetapi sebenarnya, Amazfit ingin mengintegrasikan kesemua produk kecergasan dalam satu jenama. Baru-baru ini, jenama Zepp ini hadir dengan jam tangan pintar juga iaitu Zepp E Circle dan Zepp E Square. Sebagai jenama kelas profesional untuk pengurusan digital kesejahteraan pengguna, Zepp memanfaatkan sistem algoritma AI terkemuka untuk membawa penyelesaian kesihatan digital kepada orang ramai di seluruh dunia.

image is not available

Daripada pemantauan kesihatan dan senaman tradisional hinggalah kepada analisis dan peringatan status kesihatan awal, Zepp komited untuk membantu pengguna meningkatkan kualiti hidup mereka. Zepp mempercayai penggunaan teknologi untuk mengurus kesejahteraan dengan lebih baik dan membantu semua orang menikmati kehidupan yang lebih memuaskan. Oleh itu, misi Zepp adalah untuk “terus mengembangkan teknologi baharu dan menggunakan keupayaan analisis data yang tepat untuk membantu orang ramai menguruskan kesihatan mereka sendiri.