Pandemik COVID-19 Dijangka Berakhir Kurang Dua Tahun – WHO

Technology
22 Aug 2020 • 11:48 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

The post Pandemik COVID-19 Dijangka Berakhir Kurang Dua Tahun – WHO appeared first on Lobak Merah. By continuing publishing our materials, you have knowingly infringed our intellectual property and copyrights by reproducing Lobak Merah contents without any prior written consent from the media owner. This case will be escalated into a legal action should the content remains on this site.

Mengikut data semasa, jumlah keseluruhan jangkitan COVID-19 di seluruh dunia kini mencatatkan sebanyak 22.8 juta kes. Daripada jumlah itu, 14.6 juta telah pulih dan 796,000 menjadi korban.

Ketika ini, beberapa negara sedang berlumba menghasilkan vaksin bagi menamatkan segera penularan wabak itu.

Dan pada masa sama, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam kenyataan terbaharunya menjangkakan — pandemik yang menghantui penduduk seluruh dunia itu kini diramal akan berakhir dalam tempoh tidak kurang dua tahun lagi.

Berita Harian dalam laporannya hari ini memaklumkan, Ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus membuat perbandingan tersebut dengan pandemik selsema yang berlaku pada 1918.

image is not available

Katanya, meskipun kesalinghubungan manusia pada zaman ini membuatkan virus itu lebih mudah tersebar dengan pantas — namun berbekalkan kelebihan teknologi seperti kepesatan pembangunan vaksin ketika ini, pihaknya berharap pandemik COVID-19 dapat dipulihkan dalam tempoh kurang dua tahun lagi, lebih singkat berbanding ketika pandemik selsema.

Justeru, beliau sekali lagi mengulangi gesaan penduduk dunia agar bersama-sama memikul tanggungjawab memerangi penularan wabak tersebut.

Pandemik selsema 1918 dilapor telah mengorbankan sekurang-kurangnya 50 juta penduduk dunia.

Selain itu, WHO juga turut menasihatkan kanak-kanak berumur 12 tahun mengamalkan pemakaian pelitup muka sama seperti orang dewasa, kerana ia berupaya membantu menghentikan penyebaran virus.

Baca: Lepas Kluster Sivagangga di Kedah, Kluster Maju Pula Dikesan Di Kuala Lumpur, 3 Kes Positif!