Nokia Melancarkan Nokia Media Streamer – Sebuah Kotak Set Android TV Untuk Pasaran India

TechnologyDigital
21 Aug 2020 • 1:14 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Nokia mula memasuki arena televisyen pintar bermula tahun lepas. Seperti OnePlus, pasaran televisyen mereka khusus untuk India sahaja. Televisyen pintar Nokia menjalankan sistem operasi Android TV, dan bagi mengembangkan lagi produk Android TV mereka – Nokia telah hadir dengan kotak set Android TV pula.

image is not available

Tujuan kotak set Android TV ini jelas sekali untuk mereka yang tidak mampu membeli televisyen pintar, tetapi sudah ada televisyen yang dungu. Jadi melalui sambungan kabel HDMI sahaja, televisyen dungu boleh menjadi pintar. Kotak set ini diberi nama Nokia Media Streamer dan jelas sekali cuba bersaing dengan Mi TV Stick atau Mi Box S. Ia adalah satu peranti Android TV yang asas, dengan 1GB RAM, 8GB storan dalaman dan dijana dengan cip empat teras. Ia hanya menyokong resolusi FHD dan sistem audio adalah Dolby Digital Audio.

image is not available

Set ini disertakan sekali dengan alat kawalan jauh yang ada butang pintas mengakses Netflix, Google Assistant dan juga perkhidmatan penstriman video India sendiri – Zees. Harga jualan adalah INR3,499, iaitu sekitar RM195.