The post “Siapa la saya dan Fad untuk mencampuri urusan mereka” – Achey Sedih, Harap Kemelut Keluarga Arwah Abam Diselesaikan Cara Baik appeared first on Lobak Merah. By continuing publishing our materials, you have knowingly infringed our intellectual property and copyrights by reproducing Lobak Merah contents without any prior written consent from the media owner. This case will be escalated into a legal action should the content remains on this site.
Nampaknya kemelut dan persengketaan tentang kelaurga arwah Abam masih lagi belum berpenghujung, berikutan dengan kes saman menyaman antara Ali Puteh dan Nor Hidayah ini, anggota kumpulan Bocey, Achey akui begitu sedih dengan kemelut antara mereka yang berlarutan sampai dibawa ke mahkamah.
Namun begitu, Achey menjelaskan kepada mStar Online bahawa dirinya tidak memihak kepada sesiapa malah isu itu boleh diselesaikan dengan cara yang baik.
Siapa la saya dan Fad untuk mencampuri urusan mereka yang mereka rasa lebih baik teruskan dengan cara begitu (failkan saman). Tapi pada kami, perkara itu boleh diselesaikan dengan cara senyap-senyap”

Tambahnya lagi, ia boleh diselesaikan secara berdamai agar tidak memberikan kesan kepada orang lain.
Sebagai seorang sahabat dengan arwah, Achey begitu mengharap agar persengketaan antara mereka berakhir dengan baik kerana bimbang memberi kesan kepada anak arwah Abam, Syed Uthman Hamzah AL-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey.
“Anak itu akan membesar. Kita tak ank nanti dia ada sifat menyalahkan semua pihak. Kita nak dia membesar mengenali semua keluarganya dengan baik.”
Rabu lepas, Ali bertindak memfailkan saman kepada kakak iparnya dan Datuk Aliff Syukri selepas mendapatkan nasihat daripada penguamnya berikutan balu kepada arwah Abam itu terlebih dahulu ada filkan saman terhadap dia dan keluarga.