“Aku tak boleh maafkan kau” – Detik Brenton Tarrant Berdepan Dengan ‘Survivor’ Tembakan Masjid Christchurch

24 Aug 2020 • 6:05 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

The post “Aku tak boleh maafkan kau” – Detik Brenton Tarrant Berdepan Dengan ‘Survivor’ Tembakan Masjid Christchurch appeared first on Lobak Merah. By continuing publishing our materials, you have knowingly infringed our intellectual property and copyrights by reproducing Lobak Merah contents without any prior written consent from the media owner. This case will be escalated into a legal action should the content remains on this site.

15 Mac 2019, tarikh yang tak akan dilupakan bagi semua umat Islam di New Zealand selepas satu peristiwa berdarah terjadi yang mengorbankan seramai 51 nyawa ketika menghadiri solat Jumaat termasuklah rakyat Malaysia di sana.

Seorang lelaki berasal dari Australia, Brenton Tarrant telah menyerang 2 masjid di Christchurch dan membuat tembakan rambang sambil membuat live streaming di Facebook.

image is not available

 

Mengaku bersalah

Menurut laporan, dia mengaku bersalah terhadap dakwaan 51 pembunuhan, 40 percubaan membunuh dan satu perbuatan keganasan pada Mac tahun lalu.

Tarrant tidak menunjukkan sebarang emosi atau penyesalan sepanjang perbicaraan yang dilaporkan akan berlangsung selama 4 hari (sehingga Khamis ini). Hukuman terhadapnya dijangka akan dibacakan oleh Hakim Cameron Mander pada hari terakhir perbicaraan.

image is not available

 

Berdepan dengan mangsa yang selamat

Menurut The Sun, lelaki berusia 29 tahun itu hari ini berdepan dengan mangsa-mangsa tembakan rambang yang selamat di mahkamah serta melalui video call.

Tanpa emosi, Tarrant menatap wajah dan mendengar detik-detik tragedi hitam yang dikongsikan oleh setiap seorang mangsa-mangsa itu semua.

image is not available

image is not available

image is not available

Pihak pendawa raya berkata, Tarrant merancang insiden serangan itu dengan begitu teliti kerana seboleh-bolehnya mahu tembakan rambang tersebut membunuh seramai orang yang mungkin.

Selama beberapa tahun, Tarrant menghabiskan masa dengan:

  • membeli senjata api
  • meneliti dan menghafal layout masjid dengan menerbangkan drone ke sasaran utamanya
  • mengatur masa serangannya demi untuk memaksimumkan angka korban

image is not available

 

“Aku tak boleh maafkan kau”

Salah seorang mangsa, Maysoon Salama iaitu ibu kepada penjaga gol pasukan futsal New Zealand, Ata Elayyan, 33, yang terkorban dalam insiden tersebut.

image is not available

Menurut Maysoon, dia tak boleh berhenti berfikir tentang apa yang berada di fikiran anaknya di saat-saat akhir nyawanya. Maysoon sempat berkata kepada Tarrant,

Aku tak boleh maafkan kau. Dengan mudah, kau membenarkan diri kau membunuh 51 orang. Satu-satunya kesalahan kami di mata kau adalah kami orang Islam.”

Aku tak rasa dunia akan maafkan kau atas kejahatan kau. Semoga kau mendapat hukuman paling berat di dunia dan akhirat untuk perbuatan jahat kau.”

image is not available

 

Mangsa paling muda berusia 3 tahun

Paling kejam, Tarrant tergamak melepaskan dua das tembakan terhadap kanak-kanak yang ketakutan. Mangsa paling muda adalah Mucaad Ibrahim berusia 3 tahun yang ditembak ketika dia sedang berpaut pada kaki bapanya.

image is not available

image is not available

image is not available

Admin takkan lupa sampai bila-bila. Admin tengok video tu sampai habis, menangis weh image is not available

Baca: Brenton Tarrant, Pembunuh Jemaah Masjid Christchurch Mengaku Bersalah, Tak Tunjuk Sebarang Emosi

image is not available

The Sun

The Sun

The Sun

The Sun

The Sun

The Sun

The Sun

The Sun

The Sun

Insider

The post “Aku tak boleh maafkan kau” – Detik Brenton Tarrant Berdepan Dengan ‘Survivor’ Tembakan Masjid Christchurch appeared first on Lobak Merah. By continuing publishing our materials, you have knowingly infringed our intellectual property and copyrights by reproducing Lobak Merah contents without any prior written consent from the media owner. This case will be escalated into a legal action should the content remains on this site.