Resipi mudah Choco Jar dengan modal tak sampai RM20, boleh dapat sebalang besar!

Cooking
6 Sep 2020 • 5:44 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

MAKANAN ringan choco jar kini semakin hari semakin digemari dan dikenali, bukan hanya kanak-kanak malah turut menjadi kegemaran orang dewasa.

Mana tidaknya, bila makan choco jar ni sambil-sambil layan marathon movie dekat netflix tak sedar pun dah habis sebalang.

Disebabkan ia menjadi ‘kegilaan’, maka ramai orang yang mengambil peluang untuk menjual makanan ini untuk dijadikan sumber pendapatan sampingan mahupun utama.

image is not available

Sementara harganya juga kini boleh mencecah sehingga RM15 dan ditawarkan dengan pelbagai perisa tambahan dan gaya persembahan mengikut kreativiti masing-masing.

Namun, korang tahu tak sebenarnya Choco Jar ni boleh buat sendiri je di rumah, kosnya adalah jauh lebih murah dan boleh dikatakan juga berbaloi.

Jangan kata sebalang, berbalang-balang pun korang boleh dapat dengan modal yang tidak terlalu besar.

Seperti yang dilakukan oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Norhamiza, pada mulanya dia mengidam dan beli di tepi jalan, botol kecil sahaja tapi orang menjualnya dengan harga yang mahal.

image is not available

Oleh demikian, dia berusaha untuk buat sendiri, beli bahan tak sampai RM20, tapi boleh dapat satu balang besar.

Ya betul satu balang besar! Berbaloi kan?

Jom kita cuba resipi yang dikongsi oleh gadis ini di laman Facebook Masak Apa Hari Ini (MAHN).

Bahan-bahan:

– 500gm coco crunch bersaiz kecil

– 500gm coklat beryl’s

– Setengah cawan minyak masak

image is not available

Cara membuat:

  1. Cairkan coklat menggunakan teknik double boil
  2. Letakkan sedikit minyak supaya coklat tidak beku jika sejuk
  3. Gaulkan coklat sehingga rata dan siap untuk dimakan. Korang juga boleh menggunakan apa-apa jenis coklat sahaja mengikut cita rasa masing-masing.

image is not available

Mudah sahaja kan? Jadi, tunggu apa lagi? Selamat mencuba!

Sumber: Norhamiza

The post Resipi mudah Choco Jar dengan modal tak sampai RM20, boleh dapat sebalang besar! appeared first on Sinar Plus.