Facebook Memberi Amaran Mungkin Menarik Perkhidmatan Dari Eropah

TechnologyDigital
22 Sep 2020 • 11:52 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Facebook kini dilihat memberikan amaran yang mana mereka mungkin akan menarik perkhidmatan utama dan Instagram dari EU (European Union). Hal ini adalah disebabkan oleh perintah awal yang menghalang Facebook daripada menyimpan data pengguna Eropah di pelayan Amerika Syarikat.

Melalui pemfailan mahkamah, Facebook mengatakan keputusan Data Protection Commission (DPC) di Ireland mungkin akan membuatkan syarikat berkenaan terpaksa menghentikan penawaran mereka kepada lebih 410 juta pengguna di rantau berkenaan.

Sebelum ini, mahkaman telah mengeluarkan arahan awal meminta menghentikan pemindahan data pengguna Eropah ke pelayan Amerika Syarikat, kerana kerisauan berkenaan pemantauan data oleh kerajaan Amerika Syarikat.

Seperti ramai sedia maklum, Facebook menghimpunkan semua data, dan menggunakannya dalam memperlihatkan iklan yang lebih baik dan disesuaikan kepada seseorang individu. Halangan pengasingan data ini mungkin menganggu atau merosakkan algoritma dan penawaran iklan mereka.

Apa pun, ia tidak diketahui sama ada Facebook benar-benar ingin menarik perkhidmatan mereka daripada lebih 410 juta pengguna di Eropah, atau hanya ugutan biasa sahaja.


Sebelum ini, TikTok terlibat dalam kes lebih kurang sama, dan kerajaan Amerika Syarikat telah membuatkan TikTok perlu menubuhkan syarikat tempatan dan menyimpan data pengguna Amerika Syarikat di Amerika Syarikat sahaja.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved