Opera Memperkenalkan Ciri Menyelarikan Pelayaran Pada Desktop Dan Telefon Android Menggunakan Kod QR

TechnologyDigital
24 Sep 2020 • 11:42 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Opera merupakan salah satu pelayar web yang sering bergerak pantas, dan memperkenalkan sejumlah ciri-ciri menarik. Terbaru, mereka telah memperkenalkan sokongan untuk memudahkan pengguna untuk menyelarikan pelayaran pada desktop dan juga telefon Android menggunakan pelayar Opera.

Kebiasaannya, pengguna akan diperlukan untuk log masuk ke akaun masing-masing pada pelayar web untuk menyelarikan perkara berkenaan. Terbaru, Opera memudahkan perkara berkenaan dengan hanya perlu melakukan imbasan kod QR sahaja.

Sebaik sahaja selesai diimbas, sambungan akan dilakukan dan data anda peranti akan diselarikan.

Disamping itu, pengguna juga turut boleh memindahkan fail dan sebagainya antara peranti mudah-alih dan desktop menggunakan ciri dinamakan Flow.

Pengguna boleh mengemaskini pelayar web ke versi terbaru, dan menikmati ciri-ciri baru ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved