Casio G-Shock GMD-B800SC-1 Dengan Ciri Penjejak Kesihatan Asas Ditawarkan Pada Harga RM459

TechnologyDigital
29 Sep 2020 • 3:37 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dua model terkini Casio G-Shock telah dilancarkan di Malaysia dengan ciri penjejak kesihatan yang asas. Casio G-Shock GMD-B800SC-1 dan GMD-B800SC-1B adalah dari siri G-SQUAD dengan rekaan yang lebih mesra untuk bersukan dan tubuh sederhana besar yang digunakan oleh wanita dan lelaki.

image is not available

Rekaan masih lagi agresif dengan tubuh getah yang tahan hentakan. Ia juga boleh digunakan di dalam air sehingga kedalaman 100 meter. Ciri penjejak kesihatan yang disokong ialah mengira jumlah tapak pengguna ketika melakukan aktiviti serta kalori yang boleh diselarikan dengan aplikasi Mobile Link Casion. Ia juga hadir dengan ciri pemasa dan sistem lampu Illuminator yang kini menjadi ciri standard pada setiap G-Shock.

Ia masih lagi bukan sebuah jam pintar dengan muka jam digital LCD biasa. Dengan bateri yang disertakan, kedua-dua model boleh digunakan sehingga tiga tahun. Di Malaysia Casio G-Shock GMD-B800SC-1 dan GMD-B800SC-1B ditawarkan pada harga RM459 seutas.