Raby=u lalu peminat dunia hiburan dikejutkan dengan pemergian salah seorang bekas kakitangan kepada usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Muhammad Ghazali Hj Mat Lawi atau lebih dikenali sebagai Ghazi .
Berita mengenai pemergian Ghazi mula mendapat liputan meluas selepas dikongsikan oleh Datin Shahida, isteri kepada Datuk Seri Aliff Syukri menerus satu muat naik di Instagramnya.
Menurut Datin Shahida, dia berasa sangat sedih kerana dia telah menganggap Ghazi seperti adik kandungnya sendiri.
“Dukacita saya maklumkan, bekas kakitangan saya yang amat saya sayangi, seperti adik saya sendiri, Muhammad Ghazali B Hj Mat Lawi telah kembali ke rahmahtullah sebentar tadi.
“Mari sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah dan sama-sama doakan rohnya dicucuri rahmat, diampunkan dosanya, dilapangkan kuburnya ditempatkan di kalangan mereka yang beramal soleh..
“Saya akan rindukan awak Ghazi. Saya sayang awak tapi Allah lebih sayang awak,” tulisnya menerusi Instagram (IG) milik Datin Shahida sendiri.
Terdahulu seorang lagi bekas pembantu peribadi usahawan tersebut iaitu Melati Abdul Ghani atau lebih dikenali dengan panggilan Kak Mel mendedahkan Ghazi berada dalam keadaan tenat selepas apendiksnya pecah menyebabkan kuman merebak ke paru-paru.