Bapa Daler Yusof meninggal dunia akibat Covid-19

4 Sep 2020 • 10:01 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

SELEPAS kehilangan neneknya pada Ogos lalu, pelakon Daler Yusof sekali lagi diuji dengan pemergian bapanya, Dusmat Hamroyev, 54, yang meninggal dunia di Uzbekistan, pada Khamis.

Menurut Daler, kematian bapanya disebabkan jangkitan Covid-19, sama seperti arwah neneknya sebelum ini.

Pelakon Titian Cinta itu berkongsi khabar duka tersebut menerusi laman Instagramnya dan meminta orang ramai mendoakan agar dia terus kuat berdepan ujian itu.

“Ini adalah tahun paling sukar untuk saya lalui. Hari ini bapa saya meninggal dunia kerana Covid-19.

“Banyak hajat dan cita-cita dia yang belum kesampaian, tapi saya percaya ALLAH lebih sayangkan dia.

“Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

“Minta semua doakan saya dan keluarga kuat,” tulisnya sambil berkongsi foto kenangan bersama arwah bapanya.

Terdahulu pada 7 Ogos lalu, nenek Daler, Muhammadiyeva Shodi, 76, meninggal dunia di sebuah hospital di Uzbekistan disebabkan Covid-19.

 

(FOTO: Instagram Daler Yusof)

The post Bapa Daler Yusof meninggal dunia akibat Covid-19 appeared first on Sinar Plus.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved