“Jangan ada yang bawak kapal terbang!” – Lepas Viral Bawa Kereta, Viral Pula Kanak-Kanak Bawa Lori Treler Minyak!

8 Sep 2020 • 11:53 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

The post “Jangan ada yang bawak kapal terbang!” – Lepas Viral Bawa Kereta, Viral Pula Kanak-Kanak Bawa Lori Treler Minyak! appeared first on Lobak Merah. By continuing publishing our materials, you have knowingly infringed our intellectual property and copyrights by reproducing Lobak Merah contents without any prior written consent from the media owner. This case will be escalated into a legal action should the content remains on this site.

Baru semalam tular sebuah video yang menunjukkan seorang kanak-kanak berusia 9 tahun dengan bangganya dapat membawa kereta jenis Proton Saga milik bapanya di Rembau.

Hari ini pula tular satu video baru yang lebih dahsyat. Menerusi perkongsian di Twitter, seorang budak lelaki dilihat memandu sebuah lori treler jenis HINO dekat Rantau, Negeri Sembilan. Apo kono eh jang?? Semua orang nogori ni. 

Menurut Astro AWANI, Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohd Said Ibrahim berkata, kes tersebut sudah pun dalam siasatan polis dan ia disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Kejadian berlaku di kawasan Rantau, Seremban dan satu laporan polis telah diterima berkait video yang tular itu kerana bapa kanak-kanak tersebut dengan cuai membiarkan anak bawah umur memandu lori treler.

“Usaha untuk mengesan bapa dan kanak-kanak tersebut sedang giat dijalankan dan siasatan lanjut termasuk umur kanak-kanak terbabit masih diteruskan,” katanya.

“It’s not cool dan bahayakan nyawa dia” 

Video tersebut mendapat pelbagai respon netizen yang mana ada di antaranya teruja melihat aksi budak tersebut namun pada masa yang sama risau akan keselamatannya. Safety first! 

image is not available

Ibu bapa harap jangan biasakan kelakuan macam ni. Kalau jadi apa-apa kita juga yang susah nanti. 

Baca: ‘Handa orang ghombau haa’ – [Video] Tular Budak 9 Tahun ‘Drive’ Proton Saga Cetus Kebimbangan Masyarakat

image is not available

Twitter