Bungkusan Dongel Android TV Google Tertiris – Sah Android TV Akan Berubah Kepada Google TV

TechnologyDigital
24 Sep 2020 • 5:51 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Selepas sekian lama Google tidak hadir dengan kotak set media seperti peranti Android TV, akhirnya mereka akan melancarkan dongel Android TV. Selama ini, Google hanya fokus kepada Chromecast sahaja. 30 September ini mereka akan melancarkan produk Android TV mereka dengan kod nama Sabrina.

image is not available

Terkini, telah tertiris bungkusan produk ini. Ia mengesahkan nama Chromecast with Android TV. Secara tidak langsung menyatakan yang produk ini berada dalam kategori Chromecast. Bukan itu sahaja, dengan maklumat yang tertiris ini – ia turut mengesahkan yang nama Android TV akan berubah menjadi Google TV.

Untuk maklumat lanjut, nantikan pengumuman ini pada 30 September. Google mungkin akan melancarkan Pixel 4a 5G, Pixel 5 serta beberapa produk Nest baru.