Bella Dally Raikan Ulang Tahun Ke-29, Peminat Doakan Bella Dally & Suami Hingga Ke Jannah

Entertainment
27 Sep 2020 • 10:18 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Hari ini merupakan detik yang terindah buat pelakon dan pengacara, Bella Dally yang menyambut ulang tahun kelahirannya bersama suami dan keluarga tercinta.

Menerusi laman Instagram miliknya, Bella yang memuat naik gambar-gambar ketika majlis sambutan hari jadinya yang ke-29.

image is not available

“Adakan majlis sambutan ulang tahun yang meriah bersama keluarga. Terima kasih kepada semua yang menganjurkan dan menjadi sebahagian daripada sambutan ini,” tulis Bella menerusi ruangan kapsyen di laman Instagram miliknya itu.

image is not available

Pada masa yang sama, majlis yang bertemakan warna pastel dan putih itu bertambah meriah apabila Bella turut berkongsi hari istimewa itu bersama kakak iparnya.

View this post on Instagram

Happy birthday to my sis-in-law @sis_515 too! May Allah bless you with happiness, success & good health always!

A post shared by ⭐️ B e l l a D a l l y ⭐️ (@belladally) on

Menerusi di ruangan komen, ramai yang memberikan ucapan buat Bella yang menyambut ulang tahunnya pada hari ini dan rata-rata mereka juga suka melihat kemesraan dan kebahagiaan antara Bella dan suaminya, Arif Izzudin sehinggakan ramai yang mendoakan hubungan mereka berdua kekal hingga ke jannah.

image is not available

“Happy birthday Bella, Ee muka sama, till jannah untuk kalian berdua,”

“Semoga dipanjangkan jodoh sampai syurga, ya Allah amin,”

“Semoga Allah merahmati kalian berdua sampai syurga,”

“Selamat ulang tahun, semoga bahagia dengan suami tercinta dan hingga jannah ya,”

image is not available

Pemilik nama Nabilah Ali Dally atau lebih mesra dipanggil Bella Dally ini mendirikan rumah tangga bersama Arif Izzudin pada tanggal 31 Mac 2019.

Sebelum ini, Bella yang pernah berkahwin dengan pelakon, Nazim Othman pada 10 September 2016. Namun, mereka mengakhiri perhubungan mereka dan bercerai pada 2 Mei 2018.

image is not available

Kami ingin mengucapkan selamat ulang tahun buat Bella Dally yang ke-29 dan kami juga mendoakan agar hubungan Bella dan suami berkekalan hingga ke jannah. Amin