Samsung Galaxy S20 FE 4G Dengan Exynos 990 Kini Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM2699

TechnologyDigital
30 Oct 2020 • 12:03 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung Galaxy S20 FE adalah peranti mercu mampu milik dari Samsung. Ia menawarkan pengalaman penggunaan seakan Galaxy S20 yang lebih mahal, tetapi mengorbankan dari kualiti binaan. Panel belakang adalah plastik dan bukannya kaca serta dengan kamera yang sedikit kurang berkuasa. Skrin kekal AMOLED 120Hz, masih menyokong Wireless PowerShare, One UI, dan banyak lagi kekal sama.

image is not available

Dua variasi ditawarkan iaitu 5G yang dijana Snapdragon 865 dan 4G yang dijana Exynos 990. Di Malaysia pada awal pelancaran hanya variasi 5G sahaja ditawarkan pada harga RM3,399. Terkini Samsung Malaysia telah membawa masuk variasi 4G pula. Harga jualan adalah RM2,699 sahaja. Tetapi tidak seperti Galaxy S20 FE 5G yang ada enam pilihan warna, variasi 4G hanya mempunyai tiga pilihan warna iaitu Cloud Lavender, Cloud Orange dan Cloud Red.

Bagi yang berminat, peranti ini akan dijual pada 11 November kelak. tarikh di mana jualan 11:11 bermula.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved