Imej Pengolokan Samsung Galaxy S21 Ultra Tertiris – Modul Kamera Gila Unik

TechnologyDigital
30 Oct 2020 • 2:25 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung Galaxy S21 dijangka akan dilancarkan lebih awal. Ini mungkin kerana ingin bersaing antara S21 janaan cip Snapdragon 875 5nm dengan iPhone 12 yang dijana cip A14 Bionic. Ia dikatakan akan hadir seawal Januari 2021. Imej pengolokan Galaxy S21 telah pun tertiris sebelum ini, kini giliran Galaxy S21 Ultra pula.

image is not available

Seperti imej Galaxy S21 sebelum ini, rekaan baharu menggunakan bonggol kamera yang bergabung terus ke sisi peranti. Galaxy S21 Ultra pula, dilihat menggunakan elemen rekaan Note20 Ultra. Tetapi ia kini lebih kemas, unik dan pelik kerana bergabung di sisi.

Ia dikatakan akan mempunyai lima lensa atau empat lensa dengan sensor yang tidak diketahui. Turut dikatakan adalah, peranti ini mungkin akan digelar sebagai Galaxy S30 Ultra.

image is not available

Butiran dan spesifikasi lain masih tidak diketahui. Sama-sama kita nantikan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved