Mesti ada di kalangan anda mempunyai hobi untuk mengumpul barangan tertentu seperti stem, duit syiling lama, kereta mainan .
Namun kami yakin hobi anda tidak sepelik pengguna Twitter ini, dia juga gemar mengumpul barangan. Tapi barangan yang dikumpulnya adalah bangkai nyamuk
Siapa sangka hobi yang dikongsikannya di Twitter menjadi tarikan netizen di sana.
Jelas pemilik twitter @zynapsed ini, setakat ini dia telah berjaya mengumpul 80 bangkai nyamuk.

gikenali dengan nama Shreya, difahamkan gadis berusia 19 tahun ini berkongsi foto sebagahai menyahut cabaran ‘how it started, how it’s going’ yang kini sedang trending di Twitter.
how it started how it's going pic.twitter.com/5vVAGgxWm9
Perkongsian berkenaan jelas menarik minat netizen dari seluruh dunia. Meskpiun ada yang merasakan ianya pelik sesetengah lagi mendakwa ianya normal bagi ahli biologi
lol its normal for biologists 💀
Tidak kurang juga yang menjadikannya satu bahan seloroh dengan menyatakan mahu menunjuk foto berkenaan kepada nyamuk-nyamuk di biliknya untuk menakutkan mereka
Gotta take screenshot of this and show it to the mosquitoes in my room… may be they wil get scared😅

