Tindakan seorang pengguna Twitter yang memuat naik satu video yang diperoleh dari akaun milik seorang gadis istimewa tersebut berkongsikan beberapa komen negatif yang ditujukan kepada gadis tersebut sehingga tular di media sosial.
Menerusi akaun Twitter yang dikenali sebagai Zifan dan Hafiz Hairul itu, mereka yang meluahkan rasa geram akan individu yang masih lagi mengamalkan budaya menghina bentuk fizikal seseorang.
aku taktahu kenapa ada orang boleh comment pelikpelik dekat dia 😭 she's special 😭 pic.twitter.com/zCQCXbOHhx
Mereka yang berkongsikan komen-komen negatif yang dilontarkan kepada gadis istimewa tersebut menerusi laman Twitter milik mereka.
Tambah pula, gadis istimewa yang dikenali sebagai @Puteribulan25 itu, berkongsikan kehidupan sehariannya melalui sosial media. Dia yang merakam video dirinya dan dikongsikan menerusi aplikasi TikTok.
Antara comments biadap itu. pic.twitter.com/vcSY6LGGgo
Semasa gadis tersebut menjawab soalan yang dilontarkan kepadanya. Gadis itu terlihat bergenangan air mata sehingga menyebabkan pengguna Twitter berasa sebak kerana mengetahui gadis tersebut merupakan seorang insan istimewa (OKU).
Rata-rata ramai yang menunjukkan rasa tidak puas hati dan mengecam akan tindakan biadap sesetengah individu yang melontarkan komen-komen negatif terhadap gadis berkenaan.

Mereka juga berpendapat bahawa kita tidak seharusnya melontarkan kata-kata yang tidak baik terutamanya golongan sebegitu, malahan mereka juga sama seperti kita yang mahu mengunakan media sosial untuk pelbagai tujuan.
Tambah pula, pemilik akaun @Puteribulan25 terlihat sudah pun mengaktifkan butang “private account” bagi akaun media sosialnya di TikTok.

Jadi, janganlah kita memandang rupa paras atau bentuk fizikal semata-mata, oleh kerana bentuk fizikal golongan ini, kita mengecam mereka sebegitu sekali. Hal ini boleh mengakibatkan seseorang mengalami kemurungan dan depresi yang teruk.



![Hijab Terbuka? Kanak-Kanak 2 Tahun Kerap Menyapa Teman Misteri [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/local.jpeg)