Laman Perbankan Maybank Dan CIMB Menghadapi Masalah Untuk Diakses

TechnologyDigital
26 Oct 2020 • 2:55 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Laman perbankan popular, Maybank dan CIMBClicks kini dilihat menghadapi masalah teknikal untuk diakses. Apakah punca utama disebaliknya masih tidak diketahui.

Maybank melalui kicauan balas untuk pengguna, mengatakan pengguna menghadapi masalah untuk mengakses aplikasi Maybank dan juga laman Maybank 2U. Pihak mereka turut mengatakan sedang berusaha dalam mengatasinya, dan memastikan ia beroperasi seperti biasa kembali.

image is not available

Sementara untuk CIMB pula, perkhidmatan web mereka menghadapi masalah untuk diakses, sementara transaksi masih boleh dilakukan menggunakan aplikasi CIMB Clicks.