Volcopter Turut Diuji Sebagai Ambulans Terbang

TechnologyDigital
17 Oct 2020 • 5:03 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sebagai antara syarikat terawal menghasilkan teksi terbang, Volocopter sudahpun melakukan pelbagai penerbangan demonstrasi dengan jayanya di Dubai dan Singapura. Dengan Volocopter, penerbangan jarak pendek di dalam bandar dapat dilakukan dengan lebih mudah, murah dan kurang mencemarkan udara berbanding helikopter.

Kini Volocopter juga telah digunakan dalam ujian untuk menjadikannya ambulan terbang di Jerman. Kajian dilakukan oleh Volocopter di kawasan Bavaria danRhineland-Palatinate dengan bantuan dari Institute for Emergency Medicine and Medical Management of the Ludwig Maximilian University of Munich.

image is not available

Selain menjadi sebuah ambulans terbang, penggunaannya sebagai pengangkutan untuk menghantar doktor ke kawasan pedalaman dan memberikan bantuan kecemasan di kawasan yang sukar diakses.

Helikopter memberikan perkhidmatan yang sama tetapi mempunyai kekangan seperti bersaiz terlalu besar dan lebih kompleks. Kajian turut dilakukan untuk melihat sama ada kos menggunakan Volocopter sebagai ambulans benar-benar lebih murah berbanding helikopter. Ujian operasi Volocopter sebagai ambulans ini akan hanya dimulakan pada tahun 2023.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved