Aduh, nak buat apa dengan barang dari Ex ni? mesti korang hadap situasi macam ini kan bila nak move on dari bekas kekasih. Betul tak?
Jadi, korang ambil keputusan nak buang atau bakar saja barang-barang tersebut sebab tak mahu dikaitkan lagi dengan perkara yang sudah berlalu.
Tapi, buat rugi korang saja kalau macam tu.

Dari buang atau bakar, baik korang jual saja semua tu dan dapatkan semula duit dari hasil jualan. Nak tahu tak macam mana? Haa…mari ikut kami.
Rupanya ada satu kedai yang menjual semua barangan preloved dari mantan, @kedaipernahsayang. Yang mana tengah nak move on dari bekas kekasih, bolehlah singgah dekat kedai ini dan berurusan dengan pemilik kedai.
Menerusi perkongsian di laman Twitter milik @_natashaanuar, dikatakan telah menjumpai kedai yang menjual semula barangan preloved yang diberikan oleh bekas kekasih.
Wehhhhhh i jumpa IG jual barang preloved yang ex pernah bagi
Siap ada rate tahap kebencian kat ex 😂😂😂😂😂 pic.twitter.com/dhfdRhd4UH
Kalau tengok kapsyen yang diletakkan pada setiap gambar di Instagram @kedaipernahsayang itu mempunyai nota peribadi dan tahap kebencian mereka terhadap bekas kekasih mereka.
Dalam pada itu, pemilik Instagram kedai tersebut turut membalas tweet berkenaan dan memberitahu setiap barangan yang dijual itu mempunyai kisah tersendiri oleh pemilik barangan berkenaan.
Tambahnya lagi, dia juga menyatakan akan tujuan mewujudkan platrom tersebut untuk sesetengah individu yang masih belum move on dan masih menyimpan barangan hadiah daripada bekas kekasih.
Ada banyak cerita menarik dan tak menarik. Feel free to follow us. Hargai lah semua orang dan moment yang ada. Kita tak tau apa akan jadi. pic.twitter.com/NQ04NiNTis
Pemilik kedai tersebut juga memberitahu bahawa dia melakukan perkhidmatan bagi sesiapa yang mahu menjual barangan mereka bagi melupakan kenangan lama bersama bekas kekasih.
Apa yang lebih melucukan lagi, siap ada yang ingin menjual motosikal mereka yang dihadiahkan oleh mantan sebelum ini disebabkan suaminya marah dek kerana masih mengunakannya sehingga kini biarpun sudah bergelar isteri.
Wah! jeles sungguh suami dia sebab isterinya masih pakai motosikal dari mantan dahulu.
Selain itu, postingan dari pemilik kedai tersebut tular sehingga mendapat perhatian ramai terutamanya netizen kerana tidak menyangka akan kewujudan kedai seperti itu.
Tambahan pula, mereka tidak pernah terlintas bahawa boleh menjual barangan dari bekas kekasih menerusi media sosial kerana merasakan seperti tidak masuk akal.
Namun, rata-rata ramai yang bersetuju dan menyokong usaha pemilik kedai itu kerana mewujudkan platform tersebut untuk mereka, lebih-lebih lagi yang mahu move on itu.
Tidak terkecuali, kedai berkenaan mendapat komen-komen yang melucukan dan dikatakan seakan sama dengan filem Indonesia, Toko Barang Mantan.




